Thursday, 6 November 2014 | 21:26 |
1 comments
2. Faktor menyebabkan perubahan antara masyarakat india tradisional dengan india moden:
1) Faktor modenisasi
Modenisasi adalah perubahan-perubahan yang berlaku dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden. Modenisasi adalah usaha untuk hidup sesuai dengan zaman dan keadaan dunia sekarang. Pada era globalisasi ini,unsur-unsur budaya asing telah sebati dalam diri dan menjadi gaya hidup masyarakat india moden. Budaya tradisional makin luntur dan semakin disisihkan, lama-kelamaan akan terhapus dek kerana budaya asing semakin menular dalam diri setiap individu.
2) Pengaruh Barat
Budaya Barat yang diterapkan kebanyakannya adalah negatif kerana boleh melunturkan budaya asli masyarakat india. Sebagai contohnya anak-anak tidak lagi hormat kepada kedua-dua orang tua mereka.Kehidupan social juga semakin berleluasa. Banyak adegan lucah dalam filem Barat ditiru oleh masyarakat moden. Oleh itu,pemikiran individu semakin kotor menyebabkan banyak masalah social berlaku. Selain itu,masyarakat kini gemar menjadikan artis-artis Barat sbagai idola mereka. Oleh itu, mereka meniru setiap cara pemakaian,penampilan dan tingkah laku idola mereka.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

