Thursday, 6 November 2014 | 21:23 | 0 comments
1. Apakah perubahan yang berlaku?

1. Hubungan anak dengan ibu bapa

Dalam masyarakat india hubungan anak dengan ibu bapa agak renggang kerana pelbagai faktor. 
Faktor-faktor tersebut adalah seperti pendapatan keluarga yang kurang berkemampuan misalnya. Hal ini menjadikan anak-anak berhijrah ke bandar untuk mencari wang lebih dan jarang pulang ke kampung.
Selain itu, kebiasaannya jika  dilihat hubungan kekeluargaan dalam masyarakat yang tinggal di luar bandar jauh lebih baik berbanding yang tinggal di bandar. Kemajuan serta kesibukan bekerja di kota menjadikan mereka jarang meluangkan masa bersama dan hubungan keluarga renggang.

2. Budaya nenek moyang

Seperti yang diketahui masyarakat india adalah populasi ketiga terbesar di Malaysia. Pelbagai budaya yang telah diterapkan di dalam Negara kita sendiri. Mereka mempunyai  seni bina kuil yang unik, manisan yang sedap, serta pakaian tradisional berwarna warni yang cantik, adat perkahwinan yang menarik serta muzik-muzik yang pelbagai.
Memang budaya ini masih kekal diamalkan pada masa sekarang oleh mereka namun tidak kurangnya juga yang telah melupakan tradisi ini. 
Sebagai contoh, mereka melarang masyarakat memotong kuku pada waktu malam, begitu juga menyapu pada waktu itu. Barang seperti garam, kapur, jarum tidak boleh pinjam meminjam. Selain itu, ibu mengandung  tidak boleh keluar pada waktu malam.
Namun masyarakat muda india merasakan perkara sebegini tidak seharusnya menjadi isu dan dipertikaikan. Mereka lebih memilih untuk berkelakuan bebas tanpa ada larangan yang dikenakan.

3. Pakaian masyarakat india

Masyarakat india mempunyai pakaian tradisi mereka tersendiri. Bagi kaum lelaki pakaian yang dipakai adalah dhoti dan jippa. Bagi perempuan pula semestinya sari menjadi kebanggaan mereka. Namun pakaian ini semakin jarang dilihat dalam masyarakat india itu sendiri.
Kemajuan dunia serta pengaruh budaya barat merupakan faktor utama mengapa perubahan ini berlaku. Sebagai contoh, wanita india yang bekerjaya sudah jarang  menyarung sari dan memilih untuk berpakaian kasual seperti jeans. Mungkin ketika perayaan deepavali sahaja kelihatan wanita india cantik memakai sari.
Para ibu bapa moden turut mempraktikkan anak-anak mereka untuk memilih pakaian yang lebih moden dan megikut peredaran zaman. Lama kelamaan budaya ini semakin lupus.

4. Pantang larang kaum india

Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah- tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.
Pantang larang merisik- bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta. Kerana dianggap tidak sopan.
Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.- Bising, menganggu Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh.- nanti tercucuk ke mata atau tangan.Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir - takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.
Pantang larang kematian- gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.- barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.- ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tandapenghormatan.- sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.

5. Agama hindu

Terdapat tiga dewa utama dalam agama hindu iaitu Brahma (dewa pencipta), Vishnu (dewa pelindung), dan Siwa (dewa pemusnah).
Ajaran hindu dirujuk kepada 4 kitab Veda iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda.
Masyarakat hindu akan melakukan upacara sembahyang rasmi  pada hari jumaat di kuil-kuil berdekatan. Mereka akan berpakaian pakaian tradisi mereka. Jika dilihat masyarakat india yang berumur atau warga emas begitu mementingkan upacara ini dan sering bersembahyang. 
Lain pula halnya dengan golongan muda india, mereka kurang berminat dengan upacara ini dan berkunjung ke kuil pada hari tertentuu sahaja. Golongan ini lebih suka  berada di rumah melakukan kerja-kerja tertentu atau ke pusat Bandar untuk membeli belah mahupun lepak bersama kawan. Bagi mereka upacara sembahyang ini dilakukan pada hari-hari istimewa sahaja.

regards,
admin

Labels:



Indian Culture Project