Thursday, 6 November 2014 | 06:23 |
0 comments
Soalan 3 : Apakah cabaran semasa yang dihadapi untuk mengekalkan perkara tersebut?Cabaran semasa yang dihadapi dalam mengekalkan budaya masyarakat dahulu adalah cabaran modenisasi dan pengaruh barat.
1)Cabaran modenisasi.
Seperti yang kita sedia maklum ,dunia sekarang mengalami cabaran modenisasi yang sangat hebat daripada teknologi sehinggalah kepada pemakaian.Hal ini ketara dalam golongan muda dimana mereka sangat menggemari gadjet seperti laptop , smartphone dan permainan elektronik.Bahkan ada diantara mereka yang menukar telefon seperti menukar pakaian kerana sangat taksub dengan teknologi ini.Fesyen juga menjadi ikutan dan kegilaan masyarakat hari ini tanpa mengambil kira batas batas yang perlu mereka jaga dalam beretika berpakaian.Perkara ini menjadi sukar dibendung ekoran daripada perkembangan teknologi yang begitu mendadak.
2)Cabaran pengaruh barat.
Masyarakat hari ini lebih gemar mempraktiskan budaya-budaya dan amalan-amalan masyarakat orang barat kerana mereka menganggap perkara itu merupakan trend zaman sekarang.Perkembangan teknologi juga menjadi satu faktor ,cepatnya meresap kedalam jiwa golongan muda.Pengaruh barat memberi kesan kedalam kehidupan seharian dari segi pakaian ,cara percakapan,pergaulan dan pemakanan.Pengaruh barat dan cabaran modenisasi ini secara langsung membuatkan mereka lupa kepada budaya nenek moyang dahulu kerana budaya barat ini lebih seiring dengan kemajuan dan norma zaman sekarang.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

