Thursday, 6 November 2014 | 04:42 | 0 comments
5. Nilaikan adakah perubahan itu positif atau negatif? Mengapa anda berpandangan sedemikian?

         Pada pendapat saya, perubahan yang berlaku antara masyarakat india dulu & kini dari segi wanita & keluarga ada baik & buruknya :-

Kebaikan :

1- Kepercayaan karut yang tidak lagi dipercayai oleh masyarakat kini  contohnya percaya bahawa sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap, maka hantu, penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu. Ini kerana kepercayaan karut ini tidak relevan.
2- Perubahan pakaian masyarakat india juga ada baiknya, norma masyarakat zaman sekarang yang meletakkan masa sebagai keutamaan dalam hidup menyebabkan mereka pakai pakaian yang lebih praktikal & fleksible untuk sampai ke destinasi dan melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan pantas.

 Keburukan :

1- Hubungan yang makin renggang antara anak dan ibu bapa akan menyebabkan kebajikan anak terabai, anak-anak cenderung untuk membuat keputusan sendiri tanpa mengambil pandangan ahli keluarga yang lain yang mana mungkin akan membawa mereka ke jalan yang salah. Institusi keluarga itu sendiri juga akan menjadi semakin lemah dan terabai.
2- Masyarakat zaman sekarang yang lebih gemar memakai pakaian yang lebih kebaratan menunjukkan mereka tidak menghargai pakaian nenek moyang mereka, siapa lagi yang akan meneruskan legasi pakaian nenek moyang mereka jikalau bukan masyarakat india mereka sendiri?
3- Kurangnya masyarakat sekarang / orang muda membanjiri kuil dimana menunjukkan mereka tidak meletakkan kepercayaan agama sebagai perkara tertinggi dalam kehidupan mereka.

regards,
admin

Labels:



Indian Culture Project