Thursday, 6 November 2014 | 05:02 | 0 comments
6. Nilaikan, bagaimana islam melihat perkara tersebut? Apakah persamaan & perbezaannya.

1)Hubungan anak dan ibu bapa yang semakin renggang

-Islam melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang negatif.
-Islam mengajar kita untuk menjaga hubungan baik sesama keluarga.
-Keluarga adalah keturunan yang perlu dipelihara.Malah bagi mereka yang muaalaf juga ,sebaiknya       mereka ber binkan nama asal ayah kandung mereka.

2)Budaya budaya nenek moyang tidak lagi diamalkan.

-Islam melihat perkara ini sebagai sesuatu yang baik kerana ia menjadikan minda masyarakat india hari ini lebih terbuka .Walaubagaimanapun,perkara ini tetap bertentangan dengan agama islam .
-    Walaupun agama Hindu ada mengajar nilai-nilai yang baik,namun didalam al-Qur’an ada  membicarakan tentang agama-agama yang menyembah tuhan-tuhan selain ALLAH tanpa mengira apa sebabnya  dan bagaimana tuhan-tuhan tersebut dengan nada yang negatif dan tercela (tidak mengiktiraf). Ini adalah tidak lain menunjukkan penolakan Islam terhadap kebenaran agama-agama tersebut.
-Persamaannya,penganut islam hari ini ada yang mengamalkan perkara perkara bidaah .Sedangkan nabi tidak ada mengajar perkara tersebut,Jadi dari manakah datangnya perkara ini.
-Perbezaannya,apa yang diajarkan dalam agama Hindu tidak langsung sama dengan ajaran Islam.

3)Pakaian masyarakat moden kini dipengaruhi dengan budaya barat dan arus modenisasi.

-Dari segi pandangan islam,islam tidak bersetuju dengan perkara ini kerana masyrakat muda india hari ini terlalu mengikut cara pemakaian Barat yang mana ianya bercanggahan dengan konsep pemakaian dalam Islam
-Iaitu mewajibkan setiap penganutnya menutup aurat.  Golongan muda India pada hari ini terlalu mendedahkan tubuh mereka dimana ia dapat menyebabkan gejala sosial semakin meningkat.Hal ini dapat dilihat pada wanita wanita yang selalunya menjadi mangsa keadaan dalam situasi ini.

4)Kurangnya masyarakat muda india membanjiri kuil.

-Perkara ini terjadi kerana terdapat masyarakat india yang tidak memberi keutamaan kepada agama mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini mungkin disebabkan oleh sikap masyarakat India yang semakin moden yang mempunyai pemikiran yang menilai agama mereka berdsarkan logik.  Mereka menyangkal prinsip- prinsip yang telah ditetapkan dalam agama mereka.Sekiranya masyarakat Islam bersikap sebegini, perkara ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima kerana agama  Islam tidak boleh dinilai dengan akal pemikiran sendiri, tetapi berlandaskan Al-quran, hadis, dan sunnah Rasulullah saw.

regards,
admin


Labels:



Indian Culture Project