Thursday, 6 November 2014 | 06:20 |
0 comments
Soalan 4 : Adakah berlaku jurang nilai antara golongan tua dan muda? Mengapa?1)Sikap golongan muda yang sibuk dengan teknologi moden dan ibu bapa yang sibuk bekerja.
• Sesetengah golongan muda terlalu khusyuk dengan perkembangan teknologi yang menyebabkan mereka tidak menghargai masa yang diluangkan bersama keluarga.
• Manakala sesetengah golongan tua seperti ibu bapa yang sibuk dengna kerja tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak- anak mereka.
• Sikap tidak ambil peduli antara golongan muda dan tua
• Bukan hanya golongan muda sahaja mempunyai sikap mememntingkan diri, bahkan golongan tua juga mempunyai sikap yang sama.
• Hubungan kekeluargaan semakin renggang.
2)Golongan muda kurang menghargai dan mempraktikkan amalan nenek moyang mereka.
Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan, kami dapati bahawa golongan muda kurang menghargai amalan nenek moyang mereka. Sebagai contoh, sesetengah golongan muda masyarakat India tidak lagi mempercayai amalan makan dalam gelap kerana berpendapat hal sebegitu tidak relevan dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Bahkan, amalan ini banyak memberi kemudaratan seperti contoh tercekik tulang ketika makan. Selain itu, amalan menilik nasib serta bergantung kepada sami untuk menentukan tarikh perkahwinan atau tarikh- tarikh penting kurang diamalkan golongan muda yang mana ini juga merupakan faktor yang membawa kepada jurang antara golongan muda dan tua masyarakat India.
3)Cara pemakaian golongan muda dan tua
Golongan muda kini lebih memilih untuk mengenakan pakaian yang lebih mengikut peredaran zaman. Hal ini kerana, golongan muda masyarakat India kini lebih selesa mengenakan pakaian yang lebih fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan tugas seharian mereka. Sebagai contoh, pergerakan mereka ke kelas mahupun ke tempat kerja. Tidak dinafikan lagi, kadangkala tugas mereka memerlukan mereka berpakaian lebih moden iaitu lebih kena dengan persekitaran pekerjaan mereka. Pakaian tradisional kaum India yang dikenakan oleh golongan tua tidak menepati kriteria pemakaian golonga muda yang terikat dengan tugas seharian mereka. Ini membawa kepada jurang antara dua golongan ini.
4)Golongan muda masyarakat India kurang mengunjungi kuil.
Golongan muda kurang mengunjungi kuil kerana mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Rutin harian mereka tidak menitikberatkan amalan tentang hal- hal keagamaan. Sikap mereka yang jarang mengunjungi kuil mewujudkan jurang dia antara mereka. Hal ini kerana, golongan tua kaum India selalu dapat dilihat mendekatkan diri dengan Tuhan mereka di kuil.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

