Thursday, 6 November 2014 | 21:26 |
1 comments
2. Faktor menyebabkan perubahan antara masyarakat india tradisional dengan india moden:
1) Faktor modenisasi
Modenisasi adalah perubahan-perubahan yang berlaku dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden. Modenisasi adalah usaha untuk hidup sesuai dengan zaman dan keadaan dunia sekarang. Pada era globalisasi ini,unsur-unsur budaya asing telah sebati dalam diri dan menjadi gaya hidup masyarakat india moden. Budaya tradisional makin luntur dan semakin disisihkan, lama-kelamaan akan terhapus dek kerana budaya asing semakin menular dalam diri setiap individu.
2) Pengaruh Barat
Budaya Barat yang diterapkan kebanyakannya adalah negatif kerana boleh melunturkan budaya asli masyarakat india. Sebagai contohnya anak-anak tidak lagi hormat kepada kedua-dua orang tua mereka.Kehidupan social juga semakin berleluasa. Banyak adegan lucah dalam filem Barat ditiru oleh masyarakat moden. Oleh itu,pemikiran individu semakin kotor menyebabkan banyak masalah social berlaku. Selain itu,masyarakat kini gemar menjadikan artis-artis Barat sbagai idola mereka. Oleh itu, mereka meniru setiap cara pemakaian,penampilan dan tingkah laku idola mereka.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

| 21:23 |
0 comments
1. Apakah perubahan yang berlaku?
1. Hubungan anak dengan ibu bapa
• Dalam masyarakat india hubungan anak dengan ibu bapa agak renggang kerana pelbagai faktor.
• Faktor-faktor tersebut adalah seperti pendapatan keluarga yang kurang berkemampuan misalnya. Hal ini menjadikan anak-anak berhijrah ke bandar untuk mencari wang lebih dan jarang pulang ke kampung.
• Selain itu, kebiasaannya jika dilihat hubungan kekeluargaan dalam masyarakat yang tinggal di luar bandar jauh lebih baik berbanding yang tinggal di bandar. Kemajuan serta kesibukan bekerja di kota menjadikan mereka jarang meluangkan masa bersama dan hubungan keluarga renggang.
2. Budaya nenek moyang
• Seperti yang diketahui masyarakat india adalah populasi ketiga terbesar di Malaysia. Pelbagai budaya yang telah diterapkan di dalam Negara kita sendiri. Mereka mempunyai seni bina kuil yang unik, manisan yang sedap, serta pakaian tradisional berwarna warni yang cantik, adat perkahwinan yang menarik serta muzik-muzik yang pelbagai.
• Memang budaya ini masih kekal diamalkan pada masa sekarang oleh mereka namun tidak kurangnya juga yang telah melupakan tradisi ini.
• Sebagai contoh, mereka melarang masyarakat memotong kuku pada waktu malam, begitu juga menyapu pada waktu itu. Barang seperti garam, kapur, jarum tidak boleh pinjam meminjam. Selain itu, ibu mengandung tidak boleh keluar pada waktu malam.
• Namun masyarakat muda india merasakan perkara sebegini tidak seharusnya menjadi isu dan dipertikaikan. Mereka lebih memilih untuk berkelakuan bebas tanpa ada larangan yang dikenakan.
3. Pakaian masyarakat india
• Masyarakat india mempunyai pakaian tradisi mereka tersendiri. Bagi kaum lelaki pakaian yang dipakai adalah dhoti dan jippa. Bagi perempuan pula semestinya sari menjadi kebanggaan mereka. Namun pakaian ini semakin jarang dilihat dalam masyarakat india itu sendiri.
• Kemajuan dunia serta pengaruh budaya barat merupakan faktor utama mengapa perubahan ini berlaku. Sebagai contoh, wanita india yang bekerjaya sudah jarang menyarung sari dan memilih untuk berpakaian kasual seperti jeans. Mungkin ketika perayaan deepavali sahaja kelihatan wanita india cantik memakai sari.
• Para ibu bapa moden turut mempraktikkan anak-anak mereka untuk memilih pakaian yang lebih moden dan megikut peredaran zaman. Lama kelamaan budaya ini semakin lupus.
4. Pantang larang kaum india
• Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah- tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.
• Pantang larang merisik- bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta. Kerana dianggap tidak sopan.
• Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.- Bising, menganggu Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh.- nanti tercucuk ke mata atau tangan.Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir - takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.
• Pantang larang kematian- gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.- barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.- ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tandapenghormatan.- sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.
5. Agama hindu
• Terdapat tiga dewa utama dalam agama hindu iaitu Brahma (dewa pencipta), Vishnu (dewa pelindung), dan Siwa (dewa pemusnah).
• Ajaran hindu dirujuk kepada 4 kitab Veda iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda.
• Masyarakat hindu akan melakukan upacara sembahyang rasmi pada hari jumaat di kuil-kuil berdekatan. Mereka akan berpakaian pakaian tradisi mereka. Jika dilihat masyarakat india yang berumur atau warga emas begitu mementingkan upacara ini dan sering bersembahyang.
• Lain pula halnya dengan golongan muda india, mereka kurang berminat dengan upacara ini dan berkunjung ke kuil pada hari tertentuu sahaja. Golongan ini lebih suka berada di rumah melakukan kerja-kerja tertentu atau ke pusat Bandar untuk membeli belah mahupun lepak bersama kawan. Bagi mereka upacara sembahyang ini dilakukan pada hari-hari istimewa sahaja.

| 06:23 |
0 comments
Soalan 3 : Apakah cabaran semasa yang dihadapi untuk mengekalkan perkara tersebut?Cabaran semasa yang dihadapi dalam mengekalkan budaya masyarakat dahulu adalah cabaran modenisasi dan pengaruh barat.
1)Cabaran modenisasi.
Seperti yang kita sedia maklum ,dunia sekarang mengalami cabaran modenisasi yang sangat hebat daripada teknologi sehinggalah kepada pemakaian.Hal ini ketara dalam golongan muda dimana mereka sangat menggemari gadjet seperti laptop , smartphone dan permainan elektronik.Bahkan ada diantara mereka yang menukar telefon seperti menukar pakaian kerana sangat taksub dengan teknologi ini.Fesyen juga menjadi ikutan dan kegilaan masyarakat hari ini tanpa mengambil kira batas batas yang perlu mereka jaga dalam beretika berpakaian.Perkara ini menjadi sukar dibendung ekoran daripada perkembangan teknologi yang begitu mendadak.
2)Cabaran pengaruh barat.
Masyarakat hari ini lebih gemar mempraktiskan budaya-budaya dan amalan-amalan masyarakat orang barat kerana mereka menganggap perkara itu merupakan trend zaman sekarang.Perkembangan teknologi juga menjadi satu faktor ,cepatnya meresap kedalam jiwa golongan muda.Pengaruh barat memberi kesan kedalam kehidupan seharian dari segi pakaian ,cara percakapan,pergaulan dan pemakanan.Pengaruh barat dan cabaran modenisasi ini secara langsung membuatkan mereka lupa kepada budaya nenek moyang dahulu kerana budaya barat ini lebih seiring dengan kemajuan dan norma zaman sekarang.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

| 06:20 |
0 comments
Soalan 4 : Adakah berlaku jurang nilai antara golongan tua dan muda? Mengapa?1)Sikap golongan muda yang sibuk dengan teknologi moden dan ibu bapa yang sibuk bekerja.
• Sesetengah golongan muda terlalu khusyuk dengan perkembangan teknologi yang menyebabkan mereka tidak menghargai masa yang diluangkan bersama keluarga.
• Manakala sesetengah golongan tua seperti ibu bapa yang sibuk dengna kerja tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak- anak mereka.
• Sikap tidak ambil peduli antara golongan muda dan tua
• Bukan hanya golongan muda sahaja mempunyai sikap mememntingkan diri, bahkan golongan tua juga mempunyai sikap yang sama.
• Hubungan kekeluargaan semakin renggang.
2)Golongan muda kurang menghargai dan mempraktikkan amalan nenek moyang mereka.
Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan, kami dapati bahawa golongan muda kurang menghargai amalan nenek moyang mereka. Sebagai contoh, sesetengah golongan muda masyarakat India tidak lagi mempercayai amalan makan dalam gelap kerana berpendapat hal sebegitu tidak relevan dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Bahkan, amalan ini banyak memberi kemudaratan seperti contoh tercekik tulang ketika makan. Selain itu, amalan menilik nasib serta bergantung kepada sami untuk menentukan tarikh perkahwinan atau tarikh- tarikh penting kurang diamalkan golongan muda yang mana ini juga merupakan faktor yang membawa kepada jurang antara golongan muda dan tua masyarakat India.
3)Cara pemakaian golongan muda dan tua
Golongan muda kini lebih memilih untuk mengenakan pakaian yang lebih mengikut peredaran zaman. Hal ini kerana, golongan muda masyarakat India kini lebih selesa mengenakan pakaian yang lebih fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan tugas seharian mereka. Sebagai contoh, pergerakan mereka ke kelas mahupun ke tempat kerja. Tidak dinafikan lagi, kadangkala tugas mereka memerlukan mereka berpakaian lebih moden iaitu lebih kena dengan persekitaran pekerjaan mereka. Pakaian tradisional kaum India yang dikenakan oleh golongan tua tidak menepati kriteria pemakaian golonga muda yang terikat dengan tugas seharian mereka. Ini membawa kepada jurang antara dua golongan ini.
4)Golongan muda masyarakat India kurang mengunjungi kuil.
Golongan muda kurang mengunjungi kuil kerana mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Rutin harian mereka tidak menitikberatkan amalan tentang hal- hal keagamaan. Sikap mereka yang jarang mengunjungi kuil mewujudkan jurang dia antara mereka. Hal ini kerana, golongan tua kaum India selalu dapat dilihat mendekatkan diri dengan Tuhan mereka di kuil.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

| 05:02 |
0 comments
6. Nilaikan, bagaimana islam melihat perkara tersebut? Apakah persamaan & perbezaannya.1)Hubungan anak dan ibu bapa yang semakin renggang
-Islam melihat perkara ini sebagai suatu perkara yang negatif.
-Islam mengajar kita untuk menjaga hubungan baik sesama keluarga.
-Keluarga adalah keturunan yang perlu dipelihara.Malah bagi mereka yang muaalaf juga ,sebaiknya mereka ber binkan nama asal ayah kandung mereka.
2)Budaya budaya nenek moyang tidak lagi diamalkan.
-Islam melihat perkara ini sebagai sesuatu yang baik kerana ia menjadikan minda masyarakat india hari ini lebih terbuka .Walaubagaimanapun,perkara ini tetap bertentangan dengan agama islam .
- Walaupun agama Hindu ada mengajar nilai-nilai yang baik,namun didalam al-Qur’an ada membicarakan tentang agama-agama yang menyembah tuhan-tuhan selain ALLAH tanpa mengira apa sebabnya dan bagaimana tuhan-tuhan tersebut dengan nada yang negatif dan tercela (tidak mengiktiraf). Ini adalah tidak lain menunjukkan penolakan Islam terhadap kebenaran agama-agama tersebut.
-Persamaannya,penganut islam hari ini ada yang mengamalkan perkara perkara bidaah .Sedangkan nabi tidak ada mengajar perkara tersebut,Jadi dari manakah datangnya perkara ini.
-Perbezaannya,apa yang diajarkan dalam agama Hindu tidak langsung sama dengan ajaran Islam.
3)Pakaian masyarakat moden kini dipengaruhi dengan budaya barat dan arus modenisasi.
-Dari segi pandangan islam,islam tidak bersetuju dengan perkara ini kerana masyrakat muda india hari ini terlalu mengikut cara pemakaian Barat yang mana ianya bercanggahan dengan konsep pemakaian dalam Islam
-Iaitu mewajibkan setiap penganutnya menutup aurat. Golongan muda India pada hari ini terlalu mendedahkan tubuh mereka dimana ia dapat menyebabkan gejala sosial semakin meningkat.Hal ini dapat dilihat pada wanita wanita yang selalunya menjadi mangsa keadaan dalam situasi ini.
4)Kurangnya masyarakat muda india membanjiri kuil.
-Perkara ini terjadi kerana terdapat masyarakat india yang tidak memberi keutamaan kepada agama mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini mungkin disebabkan oleh sikap masyarakat India yang semakin moden yang mempunyai pemikiran yang menilai agama mereka berdsarkan logik. Mereka menyangkal prinsip- prinsip yang telah ditetapkan dalam agama mereka.Sekiranya masyarakat Islam bersikap sebegini, perkara ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima kerana agama Islam tidak boleh dinilai dengan akal pemikiran sendiri, tetapi berlandaskan Al-quran, hadis, dan sunnah Rasulullah saw.
regards,
admin
Labels: Tahap 1

| 04:42 |
0 comments
5. Nilaikan adakah perubahan itu positif atau negatif? Mengapa anda berpandangan sedemikian?
Pada pendapat saya, perubahan yang berlaku antara masyarakat india dulu & kini dari segi wanita & keluarga ada baik & buruknya :-
Kebaikan :
1- Kepercayaan karut yang tidak lagi dipercayai oleh masyarakat kini contohnya percaya bahawa sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap, maka hantu, penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu. Ini kerana kepercayaan karut ini tidak relevan.
2- Perubahan pakaian masyarakat india juga ada baiknya, norma masyarakat zaman sekarang yang meletakkan masa sebagai keutamaan dalam hidup menyebabkan mereka pakai pakaian yang lebih praktikal & fleksible untuk sampai ke destinasi dan melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan pantas.
Keburukan :
1- Hubungan yang makin renggang antara anak dan ibu bapa akan menyebabkan kebajikan anak terabai, anak-anak cenderung untuk membuat keputusan sendiri tanpa mengambil pandangan ahli keluarga yang lain yang mana mungkin akan membawa mereka ke jalan yang salah. Institusi keluarga itu sendiri juga akan menjadi semakin lemah dan terabai.
2- Masyarakat zaman sekarang yang lebih gemar memakai pakaian yang lebih kebaratan menunjukkan mereka tidak menghargai pakaian nenek moyang mereka, siapa lagi yang akan meneruskan legasi pakaian nenek moyang mereka jikalau bukan masyarakat india mereka sendiri?
3- Kurangnya masyarakat sekarang / orang muda membanjiri kuil dimana menunjukkan mereka tidak meletakkan kepercayaan agama sebagai perkara tertinggi dalam kehidupan mereka.

| 01:38 |
0 comments
Assalammualaikum,Pada petang tadi kami telah meyiapkan tugas ustazah
1- membuat & menampal jadual gerak kerja kami di padlet ustazah
Asa : pembinaan & pengendalian blog
Farah & Fuzah : interview & video
Fana, Ana & Atiq : borang soal selidik & analisis data
2- menjawab 5 soalan ustazah
3- membuat kemasan blog
4- juga mengupdate sedikit progress kami berkenaan projek tamadun india (wanita & keluarga) berdasarkan tugasan yang telah dibahagikan
regards,
admin
Labels: progress blog, progress kumpulan dan pembahagian tugas